Saturday, July 3, 2010

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...Dengan nama ALLAH yg MAHA PEMURAH lg MAHA PENGASIHANI

Assalamualaikum w.b.t..
Dan dengan lafaz yang mulia...ana mula menjinakkan diri ini dengan penulisan di blog sebagai satu platform untuk ana berkongsi pendapat tentang kehidupan yang ana rase patut dikongsi bersama.Selain itu,ana juga berharap blog ini dapat menjadi teman dan tempat untuk ana meluahkan rasa,menjadi diari hidup,dan penambah ilmu pengetahuan dari tindak balas atau respon daripada sahabat sekalian..Ana sedikit skima dengan memulakan blog ana kerana ana tidak berniat untuk merosakkan bahasa melayu dengan singkatan ejaan serta campuran bahasa melayu dengan inggeris.INSYAALLAH,jika ana ingin menggunakan bahasa inggeris,ana akan tuliskan dengan ejaan yang betul.
Sebelum ana berminat untuk menulis blog sendiri,ana juga mengikuti blog dari penulis novel,kaunselor dan sahabat.Niat ana untuk menulis blog bukanlah untuk berpolitik,memberi ceramah motivasi, atau sebagainya,ini kerana ana rasa diri ana masih lagi dalam proses pembelajaran,banyak lagi benda yang perlu ana pelajari dan banyak lagi ilmu yang belum ana perolehi.Sekali lagi tujuan ana menulis blog ini adalah sebagai teman berbicara,meluahkan rasa,dan pendapat tentang kehidupan ana .Banyak perkara yang berlaku di atas muka bumi ini yang ana rasa perlu dikongsi bersama sahabat dan rakan seperjuangan.Ana juga berharap pengalaman ana dapat dikongsi dengan sahabat lain dan pengalaman sahabat lain dapat ana jadikan tauladan untuk ana jalani kehidupan yang penuh dugaan ini.
WASSALAM..

2 comments: