Saturday, July 3, 2010

Jiran oh jiran..pelbagai ragam..


Jiran selaku sanak saudara,maksudnya anak beranak yang duduk berdekatan dengan rumah kita juga dikira sebagai jiran.Bagaimana melayan jiran atau jiran selaku sanak saudara ini.pening-pening.Tapi,ana pernah terbaca artikel yang menyatakan melayan jiran dengan baik dan mengambil berat tentang jiran adalah tanggungjawab setiap individu.ana pun tidak pasti tetapi artikel yang ana baca bermaksud begitu lah.
ape yang nak diutarakan pada penulisan pertama ana ini adalah pengalaman ana dikampung sepanjang cuti semesta.ana dilahirkan dikampung ,dan rumah arwah kedua ibu bapa ana terletak berhampiran dengan adik beradik arwah.dikanan kiri belakang depan semuanya rumah saudara mara ana.itulah saudara mara selaku jiran tetangga.
Seminggu di kampung ana rasa xpatut ana berkurung dibilik sahaja dan keluar jika tunang ana ajak berjumpa,pada petang yang redup.sambil melihat anak buah ana bermain,ana mengambil kesempatan untuk meramah mesra degan sanak saudara yang agak lama ana tidak bertandang untuk berbual kosong,bukan ana sombong,tetapi keadaan ana belajar di gombak dan jarang pulang ke kampung membatasi pergaulan kami.ana juga bukan tidak mahu beramah mesra,tetapi dalam keadaan meramah mesra,ada juga unsur-unsur mengumpat yang ana rasa tidak perlu untuk ana turut serta,bukan bermakna ana tidak pernah mengumpat,ana bukan insan sesempurna NABI S.A.W,tetapi ape yang ana sedar ana elak.di pendekkan cerita petang itu,ana berbual kosong dengan emak saudara ana,berbual tentang majlis perkahwinan ana yang akan tiba ,pada masa yang sama datang sepupu ana yang ana jarang berjumpa dan kurang mesra dengannya.mungkin disebabkan jarak usia kami,anaknya lebih tua dari ana.sepupu ana datang dan menyatakan sesuatu yang kurang elok tentang saudara ana.ana bersabar mendengar luahan umpatan darinya,apakan daya ana, dia lebih tua dari ana,kurang sopan untuk ana menjawap ape yang dia kutuk itu..seperti cubit paha kanan paha kiri terasa bila kutukan demi kutukan yang dilemparkan ..bercakap buruk tentang saudara kandung ana sendiri seperti dia lebih tahu tentang apa yang berlaku didalam rumah ana.MASAYAALLAH,.ana bersabar dan tidak mudah melatah.masakan sepupu yang jarang berjumpa .tiba2 menyatakan sesuatu yang ana rasa diluar kawalan mindanya.ternyata dia bercakap mengikut nafsu syaitan yang bisa memutuskan hubungan sesama manusia...
ana pulang ke rumah dengan keadaan yang hampa,marah,sedih,..nasib baik sepupu ana yang belajar di Ukm juga ada di beranda rumahnya.ana harapkan seseorang untuk menenangkan jiwa ana..saat itu ana rase ALLAH telah menemukan ana dengan sepupu ana .ana luahkan perasaan ana pada nya..dan alhamdulillah..ana tenang sebentar,,,
lepas sahaja solat maghrib,ana menghantar sekeping 'msg' kepada kakak yang jauh dimata,meminda pandangan atas ape yang berlaku petang tadi..kakak berharap ana bersabar dan anggap itu sebagai satu dugaan dari ALLAH..macam2 cara Allah menguji hambanya...dengan menghantar kesenangan dan lain-lain lagi.
apa yang ana hendak nyatakan disini,macam mana nak eratkan hubungan silaturrahim sesama jiran kalaulah begini keadaan..hati bercampur aduk..nak bertandang ke rumah jiran atau tidak..bimbang apa yang diharapkan, lain yang dapat..YA ALLAH KUATKAN HATI HAMBAMU
SYAITAN ADA DIMANA- MANA SAHAJA UNTUK MEMECAH BELAHKAN UMAT MANUSIA..KUATKAN HATI KAMI..KUATKAN HATIKU UNTUK TERUS BERFIKIRAN POSITIF DAN HUSNU ZHAN..Amin.

4 comments:

  1. nasihat dari kawn2 amat diperlukan..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..yeah..ader sorg lg member sudah masuk ke dunia blog..ni ak pny blog :http://rendang-bonsai.blogspot.com/
    truskan aktif menulis!

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang nak bergaul dgn manusia bermacam ragam ni, ader caranya nak tackle mereka. kite buat la apa yg t'mampu. mungkin nak elakkan diorg mengumpat, kite bwk la isu2 semasa yg menarik. menegur dengan HIKMAH itu yg hilang skrg.

    sbb klu nak tegur scara direct mmg ssh.

    ReplyDelete
  4. hik2...dah bwak isu lain......tpkalu itu yg dorg intetest ..huhu..besela..huhu

    ReplyDelete