Sunday, July 4, 2010

KeCeLaRuaN mImPi

Assalamualaikum..selamat malam ....4 julai 2010,malam yang suram..sunyi tanpa suara yang biasa didengari..anak saudara ana,Mohd Fakhrul Hakim,sudah lama dibuai mimpi..mungkin kepenatan bermain sepanjang petang tadi.Malam ini,ana ingin berkongsi pengalaman ana tentang mimpi.mungkin bagi teman diluar sana tidak mengambil kisah tentang mimpi yang dialami,tapi mungkin mimpi yang ana alami ini dapat dikongsi bersama.
ana sering dikaitkan dengan seorang yang melayan mistik dan seorang yang pemikir oleh rakan sebilik ana di uia.nurul hidayah yahya,mungkin betul pendapat itu kerana orang lain lebih arif membuat penilaian tentang diri kita.semenjak kecil lagi ana sudah pun sinonim dengan perkara mistik.dan ana sebenarnya seorang yang penakut tapi ana suka untuk tahu tentang perkara mistik.sejak akhir-akhir ini,ana sering alami mimpi dimana ana melayan dengan sejenis makhluk yang datang dengan pelbagai bentuk,,seperti kepulan asap hitam..manusia berupa hodoh..anjing...dan lain-lain.

makhluk ini datang kepada ana dengan ancaman yang sangat menakutkan dan ana melawannya dengan ayat qursi.setelah kepenatan melawan makhluk itu, ana terjaga dari tido dalam keadaan yang berpeluh,sesak nafas dan kaku..tetapi ana puas kerana dalam mimpi tersebut ana yang selalu mengalahkan makhluk hodoh itu..ana ade bercerita tentang perkara ini kepada kakak ana..mainan tido kata mereka.tetapi apa sekali pun makna disebalik mimpi itu, atau hanya permainan tidur,mimpi itu banyak memberi ana semangat untuk berhadapan dengan situasi di rumah ana sekarang.situasi apakah ? biarlah ana rahsiakan kerana terlalu peribadi untuk di kongsi bersama..dengan membaca ayat-ayat al-quran dan selalu solat hajat,ALLAH permudahkan urusan ana untuk berhadapan dengan situasi dimana ana tidak sangka berlaku dekat dengan kehidupan ana..hanya doa dan semangat ini,alhamdulillah ana telah nampak hasil yang bertahun lamanya ana bersabar dan kadang-kadang melatah untuk menghadapinya.."YA ALLAH jika akulah orang yang KAU pilih untuk menyelesaikan masalah ini.aku terima dengan hati terbuka..kuatkan kesabaranku..bantuilah aku dalam memulihkan keadaan ini kembali seperti asal.."

Ana juga banyak belajar 'memberi daripada menerima',,,sebenarnya jika difikirkan balik apa kaitannya mimpi ana dengan istilah 'memberi daripada menerima'dan apa pula kaitannya mimpi dengan semangat untuk memulihkan keadaan yang ana alami bertahun lamanya?cuma ana yang tahu...
dan apa yang ana ingin kongsikan bersama teman tentang mimpi ana ini adalah semangat boleh diperolehi dari celah mane pun..bukan hanya dari orang tersayang,dari rakan taulan,dari guru-guru..malah kita sendiri boleh memotivasi diri kita sendiri.memberi semangat untuk diri sendiri..siapa lagi kalau bukan diri kita ?.ana dapat semangat dari mimpi ana ini kerana kalau kita terlalu takutkan syaitan lebih dari ALLAH,banyak suruhan ALLAH,kita tidak turuti,contohnya bangun untuk solat malam..kerana takutkan syaitan.manusia takut untuk berwuduk..kadang takut untuk mandi kerana takutkan syaitan di dalam bilik air,padahal syaitan dimana-mana dah Allah lebih dekat dengan kita.dan yang utamanya misi ana untuk memulihkan kembali masalah ana ini adalah berkaitan dengan semangat melawan perasaan takut terhadap syaitan kerana jika ana melayan perasaan takut ini,ana tidak dapat menjalankan tugas ana..tanggungjawab ana..Ya Allah..hanya pada hambamu yang mampu Kau turunkan dugaan..
jadi mimpiyang ana alami itu sangat berguna dan memberi kekuatan pada ana..alhamdulillah..

2 comments: